|
Syarat-syarat Kutipan mengikut Kawasan
EROPAH
Di dalam Eropah* mana-mana ECOBULK LX, MX, SX akan dikutip dalam masa 30 hari penerimaan pesanan pemulangan. Seluruh Scandinavia, Finland, Hungary, Slovakia dan Turkey, kutipan yang minimum ialah 4 ECOBULK. Di Turkey, kutipan di seluruh sekitar Istanbul adalah percuma, untuk kawasan lain, kutipan ECOBULK akan dibiayai oleh penghantar. Di Spain dan Portugal, kutipan adalah percuma di dalam radius 500 km sekitar Tarragona; kutipan akan dibiayai oleh penghantar, jika kurang daripada 5 ECOBULK yang perlu dikutip. Terdapat syarat istimewa untuk pengumpulan di semua kepulauan Eropah.
*Eropah = Jerman, Switzerland, Austria, Benelux, Perancis, Itali, Spanyol, Portugal, UK, Ireland, Poland, Republic Czech, Hungary, Slovakia, Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Turki.
AMERIKA
USA/KANADA : Untuk negara USA dan Kanada, ECOBULK akan dikutip secara percuma dalam masa 7 hari, dengan kuantiti minimum 8 ECOBULK di USA dan minimum 10 ECOBULK di Kanada. Pengambilan hanya dibuat di dalam benua USA dan benua Kanada sahaja. Caj tambahan $14.00 CDN bagi setiap IBC akan dikenakan di lokasi Kanada Barat, British Columbia, Alberta, Saskatchewan dan Manitoba. Tambahan kos penghapusan mungkin akan dikenakan. Toksik 6.1 dan Marine Pollutants (seperti di 49CFR 172.101 appendix B) mestilah dicuci 3 kali. Di Brazil, kuantiti minimum adalah 10 ECOBULK. Seluruh São Paulo State, kutipan adalah secara percuma dalam masa 7 hari. Bagi tempat lain di Brazilian States, ECOBULK akan dikutip dan kos ditanggung oleh syarikat terbabit dalam masa 30 hari. Di Mexico, ECOBULK akan dikutip secara percuma dalam masa 10 hari. Minimum kuantiti: 20. Di Argentina, kos kutipan ECOBULK akan ditanggung oleh syarikat terbabit. Pengecualian: Buenos Aires City, pinggir Beunos Aires dan zon-zon industri. Kutipan adalah secara percuma bagi kawasan-kawasan tersebut, dengan kuantiti minimum 4 ECOBULK.
ASIA / PASIFIK
CHINA: Pengutipan adalah secara percuma di utara, timur dan selatan, dengan kuantiti minimum adalah 4 IBC (barat: 20 IBC). JEPUN: Pengutipan muatan penuh trak adalah secara percuma dalam masa 14 hari di kawasan-kawasan berikut: Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu, kecuali di kawasan kepulauan. Untuk kuantiti yang lebih rendah, penghantar bertanggungjawab terhadap kos pengangkutan ke pusat pengutipan yang terdekat. Secara amnya ECOBULK dengan pallet kayu tidak dikutip di Jepun. AUSTRALIA, NEW ZEALAND, SEMENANJUNG MALAYSIA: Pengumpulan ECOBULK mengambil masa dalam tempoh 30 hari bermula dari hari penerimaan permintaan pengumpulan dan ia adalah percuma. Kuantiti pengumpulan minimum: 4 Ecobulk. Di Tasmania, Malaysia Timur dan pulau-pulau terpencil, bayaran pengumpulan dibiayai oleh penghantar.
AFRIKA
AFRIKA SELATAN: Pengumpulan adalah percuma dan mengambil masa dalam tempoh 30 hari untuk seluruh Afrika Selatan. 100 km sekitar Durban, Pinetown dan Johannesburg. Minimum kuantiti ialah 10 IBC. (Kawasan lain: 20 IBC).
Syarat-syarat am pengumpulan
Setiap ECOBULK mestilah memenuhi syarat-syarat pengutipan yang berikut. Jika salah satu daripada syarat tersebut tidak dipenuhi, SCHÜTZ dan pemegang-pemegang lesennya berhak untuk enggan menerima ECOBULK yang telah digunakan itu. SCHÜTZ berhak untuk menolak pengutipan ECOBULK jika terdapat kesan yang membahayakan kesihatan atau alam sekitar. Isian barang yang menyebabkan barah dan/atau berada dalam kelas R45/R49 (untuk kegunaan US: Mutagenic Cat.1, Carcinogenic Cat.1; Kanada dan Mexico: Toksik 6.1 dan pencemar lautan [seperti yang disenaraikan dalam UN / 49CFR 172.101 appendix B]) tidak akan dikutip, melainkan jika ianya telah dineutralkan atau IBC tersebut dibasuh bersih.
- PERKHIDMATAN TIKET SCHÜTZ adalah sah untuk semua bekas/container yang dijual terus kepada pengisi di salah satu lokasi SCHÜTZ, ianya telah dikosongkan selepas diisi dengan isian asal. Hanya SCHÜTZ ECOBULK yang akan dikumpulkan. - Setiap ECOBULK hendaklah kosong sepenuhnya, iaitu titis sampai kering, bebas daripada sebarang bijiran dan bebas dari sebarang sisa berbentuk pepejal (iaitu untuk bahan rendah-kelikatan, maksimum 1 kg dan untuk bahan tinggi-kelikatan, kuantiti sisa maksimum 5 kg) di bahagian luar dan dalam IBC. - Label plat, label produk dan label bahan berbahaya hendaklah mudah dibaca. Jika perlu, ECOBULK yang kosong dan belum dibersihkan hendaklah ditanda dan dilabelkan (No. UN dan nama bahan yang berbahaya itu) dan mestilah disediakan pelekat barangan berbahaya itu sepertimana pada ECOBULK yang penuh berisi. Dokumen pengangkutan hendaklah disediakan mengikut undang-undang yang berkenaan. - Valve dan/atau penutup-penutup hendaklah masih boleh digunakan dan berada di tempat yang sepatutnya. Untuk tujuan pengangkutan, setiap ECOBULK yang kosong hendaklah ditutup seperti ECOBULK yang berisi. - Nombor ECOBULK yang tertera pada Tiket hendaklah sama seperti nombor IBC yang sedia untuk dikumpulkan. Untuk bilangan yang minimum, sila rujuk pada syarat-syarat pengumpulan mengikut kawasan. - ECOBULK hendaklah tidak rosak, iaitu tiada kerosakan di bahagian dalam bekas, besi di bahagian luar atau lain-lain bahagian bekas dan tiada pengoksidaan serius di bahagian luarnya.
Sila isikan dengan lengkap dan kembalikan semula borang ini dengan fax ke salah satu pusat SCHÜTZ TICKET SERVICE yang tertera pada tiket anda. Jika diminta, MSDS bagi produk isian hendaklah disertakan bersama. Dengan menandatangani, bermakna pelanggan memberi jaminan menerima segala syarat-syarat SCHÜTZ TICKET SERVICE dan menanggung segala kos yang tertimbul jikalau syarat-syarat tidak dipehuhi. Segala syarat-syarat sah semasa boleh didapati di laman web: www.schuetz.net/ticket.
Legasi dan Undang-undang Nasional hendaklah dipatuhi dalam segala keadaan.
Semua maklumat adalah mengikut keadaan semasa. Sebarang perubahan mungkin berlaku pada bila-bila masa.
|